Perihal Barbet (baka anjing)

Barbet ialah baka jarang. Kebanyakan barbet, terutamanya yang ditunjukkan dalam pertunjukan pengakuran, berwarna hitam, perang, hitam dan putih, atau perang dan putih. Ada kelaziman untuk melihat tompok-tompok dada putih dan kaki atau tungkai putih pada anjing berlapis bulu hitam atau perang. Varian perang kekuning-kuningan (yang dapat terdiri daripada mutiara hingga krim hingga emas) dan variasi piebald sedang muncul semula, tetapi dalam jumlah terbatas.

Barbet jantan biasanya tumbuh sehingga kira-kira setinggi 21–25 in (53–64 cm) dan seberat 40–60 lb (18–27 kg), sementara betina pula biasanya mencapai kira-kira setinggi 20–23 in (51–58 cm) dan seberat 30–50 lb (14–23 kg).

Penampilan

Dua ekor barbet betina

Baka ini berdiri setinggi 58–65 cm (23–26 in) untuk jantan dan setinggi 53–61 cm (21–24 in) untuk betina dengan toleransi 1 cm +/- 1 cm (0.39 in) dan berukuran seberat 17–28 kg (37–62 lb). Barbet ialah anjing air prototaip dengan lapis bulu keriting wul panjang.

Lapis bulunya tumbuh panjang dan mesti didandani dengan kerap, jika tidak, lapis bulunya dapat menjadi kusut dan barbet mungkin kehilangan gombak kecil seperti tumbleweed.

Warna yang diterima pada baka ini merupakan hitam padu, kelabu, perang, perang kekuning-kuningan, perang kekuning-kuningan pucat, putih, atau lebih kurang pied. Semua cahaya warna perang kemerah-merahan dan perang kekuning-kuningan pucat diizinkan. Cahaya warna patut, sebaik-baiknya, sama dengan warna tubuh. Kelabu dan putih adalah amat jarang; warna bercampur (kecuali dengan putih) dianggap sebagai kecacatan. Warna paling lazim merupakan hitam padu, perang padu, atau kedua-dua warna dengan tanda-tanda putih. Angka kelahiran sedunia untuk tahun 2007 ialah 176 ekor. Semua yang lahir berwarna hitam padu atau perang padu, sesetengah dengan tanda-tanda putih pada dada, dagu, dan tungkai.

Perangai

Contoh tipikal

Keperibadian barbet diperihalkan sebagai keperibadian ramah, riang, patuh, dan cerdas. Ia cepat belajar dan memerlukan pelatihan kepatuhan sepanjang hayat. Ia hebat dengan kanak-kanak, keluarga, dan orang tua. Barbet menjalin ikatan dengan keluarganya dan lebih suka berada di dalam bilik sama dengan keluarganya pada setiap masa. Ia memerlukan senaman harian untuk memastikan anjing berada dalam keadaan minda dan tubuh sihat.

Ia merupakan anjing pengutip berkemampuan untuk pemburuan unggas air. Di Perancis, barbet dapat menjalani test d'aptitude naturelles (TAN, "ujian aptitud semula jadi"), iaitu ujian asasi pengutipan air, dan baru-baru ini telah diizinkan untuk menyertai brevet de chasse a l'eau (BCE, "kelayakan perburuan di dalam air"), iaitu ujian umum anjing pemburu yang melibatkan ujian padang dan ujian air. Di Jerman, barbet menyertai ujian padang.

Penyakit genetik

Barbet rentan therhadap kecacatan genetik tertentu. Oleh sebab takungan gen terbatas untuk baka ini, pembiak baka teliti berhati-hati mengkaji pedigri dan memilih anjing untuk meminimumkan peluang penyakit genetik. Malangnya, seperti banyak baka, kepopularan yang semakin meningkat telah menggalakkan pembiakbakaan oleh orang yang tidak berpengetahuan tentang baka ini. Daripada beberapa isu kesihatan yang telah muncul; epilepsi, hernia, displasia pinggul, dan entropion, kebanyakan masalah dapat dikesan kembali melalui 4–6 generasi. Selalunya, ini disebabkan oleh ternakan pembiakbakaan terbatas serta hakikat bahawa banyak pengawanan dengan anjing dengan sejarah perubatan yang tidak diketahui.